Saturday, 8 February 2014

KEK COKLAT KUKUS

Zaman sekarang ni tak susah nak masak sebenarnya. Tak perlu nak beli buku resepi untuk belajar masak. Sambung je internet semua ada. Daripada resepi hinggalah video cara-cara nak membuatnya pun ada. Senang sangat, nak dengan tak nak je...

Ramai yang tak kedekut ilmu, sudi kongsikan resepi di alam siber ni. Jadi, tak gunalah bagi sesiapa yang masih kedekut resepi. Itu cuma orang dulu-dulu je yang liat benar nak bagi resepi kat orang sebab takut sangat orang buat lebih baik daripada dia!

Saya tak kedekut resepi...sesiapa nak resepi apa pun, saya mesti bagi. Sebelum-sebelum ini ramai kawan-kawan yang minta resepi kek, kuih raya dan sebagainya. Saya bagi. Tapi sedihnya ada yang tak percaya pula, anggap saya tak bagi resepi sebenar sebab nampak simple sangat resepi yang saya bagi.

Saya memang suka masak, buat kek, kuih raya dan sebagainya. Tapi saya juga orang yang tak strict to recipe sangat. Suka je nak ubah-ubah ikut kesenangan saya. Saya tak suka resepi yang complicated, banyak sangat step dan banyak sangat bahan. Jadi, biasanya memang resepi saya simple je nampak. Jadi nak percaya ke tak, terpulanglah ye!

Hari ni saya nak kongsikan resepi kek coklat kukus. Resepi ni saya cari di internet juga. Tak pernah cuba buat kek kukus, so terpaksa surf banyak blog untuk dapatkan resepi yang termudah. Saya tak ingat saya ambil dari blog mana sebab banyak sangat surf dan saya ambil sana sini sikit ikut mana yang berkenan. Anyway, terima kasih bebanyak kepada semua blogger tersebut.

Thursday, 6 February 2014

Kolar kemeja koyak

"Sayang betul kemeja ni...semua elok lagi, tapi kolar je dah koyak...macam mana lah nak pakai kalau leher dah berbulu-bulu..terpaksalah buat kain buruk je!"

OOOPPPPPPSSS! Nanti dulu!

Pernahkah anda mengalami situasi demikian? Kemeja (lelaki) anda masih elok, tiada sebarang koyak, kain masih baru, warna masih cantik tapi cuma bahagian kolar dah koyak? Koyak itu mungkin akibat selalu kena berus/sental sebab bahagian kolar selalu lebih kotor. Atau bagi yang menunggang motorsikal, kesan bergeser dengan topi keledar dan habuk2 di jalan menyebabkan bahagian kolar cepat koyak.  

Jika anda pernah mengalami situasi tersebut, apa yang anda lakukan? Tak sayang ke baju yang masih elok terpaksa dibuang, dibuat kain buruk atau diperap sahaja dalam almari?

Di sini saya nak kongsikan satu tips. Tips ini lebih sesuai dinamakan tips berjimat-cermat atau pun tips orang kedekut...hi..hi...

Wednesday, 5 February 2014

Blogging

Suatu waktu dulu saya selalu berangan nak buat blog sendiri. Tapi malangnya tak tahu nak mula macam mana. Tanya adik dan suami tapi masing-masing sibuk, tak nak layan. Bila ada kelapangan sedikit, saya pun cuba godeh-godeh dan akhirnya terciptalah juga blog yang tak seberapa ini.

Saya kagum tengok blog kawan-kawan yang canggih-canggih dan comel-comel. Ada juga beberapa blog yang saya tak kenal pemiliknya di alam nyata tapi saya link kan ke blog saya sebab suka dengan penampilan mereka.

Bagi kawan-kawan yang memang saya kenal, diharapkan dengan cara meletakkan link ke blog mereka, saya boleh terus mengikuti perkembangan mereka dan mengekalkan hubungan silaturrahim. Kalau yang berniaga pula, tiada masalah untuk saya tolong promosikan juga di blog ini.

Monday, 20 January 2014

Mula berniaga?

1.  Dalam blog ini saya selalu memakai topi pihak pembiaya. Banyak cerita yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman kerja saya yang lepas. Minta maaf jika ada yang merasakan tips-tips dan panduan yang saya berikan seakan terlalu theoretical. Tapi sebenarnya ia bukanlah sekadar teori. Apa sahaja yang telah dikongsikan adalah sesuatu yang praktikal. Sesuatu yang memang telah dipraktikkan, bukan sekadar di buku atau di pekeliling.

2.  Teringin juga saya nak memakai topi peniaga/usahawan. Tapi apakan daya belum ada keberanian. Minat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan memang ada. Tapi bakat dan kesungguhan belum ada kerana saya bukanlah seorang risk taker.  :-)



3.  Walaupun saya bukanlah seorang usahawan, namun suka juga saya nak menyibuk memberikan pandangan. Ilmu perniagaan, keusahawanan, pemasaran, perakaunan, perundangan dan malah perniagaan antarabangsa pun saya telah pelajari sebelum ini. Nak kata bagus sangat tu tidaklah. Tapi InsyaAllah masih lagi boleh ingat dan praktikkan serba sedikit.

4.  Ramai jutawan, ahli perniagaan dan usahawan berjaya di luar sana yang lebih layak memberi nasihat dalam bidang ini dan sudah tentunya jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan saya.  Tulisan saya kali ini cumalah sekadar peringatan untuk diri saya sendiri (jika menceburkan diri dalam perniagaan kelak) dan kepada mereka yang rasa ianya relevan. Bagi yang rasa artikel saya ini hanya akan mematahkan semangat, harap maafkan saya dan berhentilah membaca setakat ini sahaja.

Wednesday, 18 December 2013

Bermulalah alam persekolahan.....


Pernah tak nampak gambar / cerita di atas? Kalau pernah, maknanya anda adalah rakan sebaya saya....sebab ianya merupakan helaian-helaian terawal dalam buku bacaan sekolah darjah satu.

Monday, 30 September 2013

Agensi yang membantu PKS

Sebagaimana yang dijanjikan, berikut ialah senarai agensi / pihak yang terlibat dalam memberi / menyalurkan bantuan kewangan kepada usahawan Bumiputera. Ada juga pembiayaan yang tidak terhad kepada Bumiputera sahaja, yakni peluang juga dibuka kepada kaum lain.

Hanya senarai ringkas diberikan di sini, jika berminat, sila klik di pautan yang berkenaan.

Sebahagian maklumat mungkin tidak dikemaskini, jadi sila rujuk pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Senarai ini juga tidak lengkap, mungkin ada yang tidak disebutkan di sini.

HUBUNGAN BAIK

Dalam artikel lepas, saya ada memberikan satu tips semasa membuat rayuan bagi permohonan yang ditolak; iaitu dengan berjumpa pegawai atasan yang terlibat dalam membuat keputusan. Sila baca sini. 

Saya tidak maksudkan yang anda harus melangkau pegawai yang memproses permohonan anda. Sebelum bertindak untuk berjumpa dengan pegawai atasan, PASTIKAN anda memaklumkan pegawai yang berurusan dengan anda terlebih dahulu. Dapatkan pandangan dan nasihat daripadanya. 

Ini adalah bagi memastikan:-
  • anda akan membuat temujanji / berjumpa dengan orang yang betul dan pada masa yang sesuai;
  • mendapat gambaran bagaimana orang yang bakal anda temui kelak - agar anda tidak salah menyusun strategi bagaimana mendekati orang sedemikan;
  • supaya pegawai yang memproses permohonan anda tidak rasa kecil hati seolah-olah anda menidakkan usahanya memproses permohonan anda.
Walaupun perkara ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang, namun suka saya nak tegaskan di sini bahawa dalam setiap urusan, HUBUNGAN BAIK atau RELATIONSHIP itu adalah sangat-sangat penting. Jadi, tidak hairan ada bank yang menggunakannya sebagai moto mereka.


(Gambar hiasan dipetik dari Finacle Blog)


Hubungan baik di antara pelanggan dan pihak bank merupakan asas kepada urusan yang lancar. Sebagai usahawan / pelanggan, sentiasalah cuba menjalinkan hubungan baik yang berterusan dengan pihak bank (atau mana-mana agensi berkaitan). Kita bukan ingin berurusan sekali sahaja, kerana bagi menjamin perniagaan yang berterusan, kedua-dua pihak saling memerlukan.

Bantuan kewangan kepada usahawan Bumiputera - Bhg 2

Lama saya tak menulis dalam topik ini...mungkin terlalu 'alpa' dengan keseronokan hidup di rumah sampai terlupakan dunia di luar sana tu. Terus terang nak beritahu, memang terasa amat lega bila tak perlu lagi memikirkan tentang perkara ini. Tapi, kesian pula kepada mereka yang bertanya dan yang memerlukan maklumat.

Di sini saya akan cuba kongsikan sedikit pengalaman, sambungan daripada artikel terdahulu berkenaan bantuan kewangan kepada usahawan Bumiputera.

Sebelum itu suka saya nak jelaskan (kepada mereka yang belum tahu) bahawa saya cumalah BEKAS pegawai bank dan pengurus dana berkaitan bantuan kepada usahawan Bumiputera. Saya telah pun 'bersara' sejak lebih kurang 3 tahun yang lalu dan sekarang tidak lagi terlibat secara langsung dalam sektor ini. Jadi, serba sedikit maklumat yang saya kongsikan dalam blog ini mungkin telah 'outdated' kerana ianya solely based on my past experience. 

Saya tidak bercadang untuk menyajikan maklumat-maklumat terkini dan mohon maaf kerana tidak berupaya memastikan semua fakta adalah yang 'up-to-date', kerana saya dapati sudah terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui laman-laman web dan blog-blog lain yang lebih mengkhusus kepada topik ini.

Ok...merujuk kepada tajuk di atas...

Tuesday, 17 September 2013

Rawatan penyakit kencing manis (2)

Sebelum ini saya ada kongsikan satu cara rawatan penyakit kencing manis. Boleh klik sini.

Baru-baru ini ada kawan lain yang berkongsikan satu lagi cara rawatan penyakit ini. Begini caranya:-

Bahan:-

1 biji kelapa muda (yang isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba


Tuesday, 10 September 2013

Koleksi cupcake

Saya suka makan kek, suami dan anak-anak pun suka. Sejak dah pandai buat cupcake, rajin jugalah mereka-reka design ikut citarasa. Tak lah cantik-cantik macam kawan-kawan yang dah pro. Sekadar suka-suka, syok sendiri...hu..hu...

Jom tengok koleksi gambar cupcakes yang saya pernah buat dan sempat ambil gambar sebelum di "ngap"!

Cakes for all occasions

Kek memang sinonim dengan apa-apa sahaja sambutan. Biasanya ialah untuk sambutan hari jadi. Tapi tak terhad kepada itu sahaja, kek juga selalu ada di majlis perkahwinan, bertunang, anniversary bah kan juga semasa hari raya.

Kalau beli kek di kedai, harganya boleh tahan juga... Jadi, apa kata buat sendiri aje! Kalau setahun nak sambut 7 orang punya birthday, anniversay, hari guru, hari raya dan macam-macam lagi, pokai lah jugak kalau asyik nak beli.

Tuesday, 20 August 2013

Natural therapy for opening the veins of heart




Rawatan pembersihan buah pinggang


Gambar di atas ialah daun ketumbar atau "coriander". Daun ni biasanya digunakan dalam masakan Thai seperti tomyam, sup dan juga dalam masakan nasi beriyani dan sebagainya. Biasanya juga digunakan sebagai hiasan atas makanan. 

Tapi jangan terkeliru pula dengan daun sup atau ada juga yang panggil daun saderi. Kedua-dua daun ketumbar dan daun sup ini mempunyai rupa yang seakan-akan sama. Cuma daun ketumbar agak pendek sedikit batangnya dan daunnya lebih kecil berbanding daun sup. Yang ketara membezakannya ialah baunya.

Rawatan penyakit kencing manis

Baru-baru ini saya terbaca tentang rawatan penyakit kencing manis. Kata orang yang berkongsikan rawatan itu, walaupun dalam perubatan moden tiada penawar bagi penyakit kencing manis, cuma kita boleh mengawalnya sahaja, tetapi dari segi perubatan Islam, setiap penyakit itu ada penawarnya, kecuali mati. Maka penyakit kencing manis tidak terkecuali.

Saya bersetuju dengan pendapat saudara tersebut. Penawar itu ada, tetapi sama ada badan kita serasi dengan penawar tertentu, bergantunglah pada izinNya. Kita perlu berusaha dan mencuba.

Penawar sakit tekak atau batuk

Zaman sekarang ni macam-macam penyakit ada. Tak kira tua atau muda, semuanya berisiko untuk dapat penyakit. Walaupun dah moden dan ada pelbagai teknologi canggih dan perubatan moden untuk mengubati berbagai-bagai penyakit, tetapi rawatan-rawatan alternatif masih juga mendapat perhatian.

Namun, tak semua orang serasi dengan sesuatu cara perubatan. Pendek kata, semuanya bergantung pada diri masing-masing dan sama ada boleh sembuh atau tidak, semuanya atas izinNya.

Rawatan atau kaedah-kaedah untuk mencegah daripada penyakit tertentu secara tradisional atau semulajadi juga sebenarnya ada banyak. Ramai yang sudi berkongsi pengalaman dan petua dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan bahan-bahan harian yang kita gunakan yang sebenarnya banyak manfaat yang kita tak sedar.

Di blog ini saya akan cuba kongsikan maklumat-maklumat yang saya kumpulkan untuk manfaat kita bersama. Cuma perlu diingat, tak semua akan serasi dengan teknik / kaedah rawatan tertentu, tapi apa salahnya mencuba!